Agensi Nam Yoon Su telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan mengenai satu hantaran semula (repost) yang dimuat naik di akaun Instagram pelakon itu baru-baru ini.
Pada 13 April, peminat menyedari bahawa satu hantaran semula mengandungi kandungan dewasa telah dimuat naik di Instagram Nam Yoon Su. Ciri baharu “repost” di Instagram membolehkan pengguna berkongsi kandungan daripada pengguna lain, dan fungsi ini tidak meminta pengesahan sebelum berkongsi semula.
Wakil dari agensi Nam Yoon-su, garten, berkata,
Ketika sedang memandu, telefonnya berada di dalam poket, dan entah bagaimana, hantaran tersebut telah dimuat naik. Ia bukan kes penggodaman.
Mereka turut menjelaskan, bahawa pelakon tersebut tidak menyedari apabila memuat naik hantaran ini,
Kejadian ini berlaku semuanya ketika telefon berada di dalam poket. Setelah disemak, hantaran itu telah berada di akaunnya selama kira-kira 20 hingga 30 minit. Dia terkejut dan terus memadamkannya. Dia anggap ia hanya insiden kecil, namun kerana ia telah tersebar luas dan mendapat perhatian, maka kami mengambil keputusan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.
Nam Yoon-su turut memuat naik kenyataan maaf secara peribadi di Instagram Story. Tulisnya,
Hai. Ini adalah pelakon Nam Yoon-su. Hari ini, saya baru menyedari bahawa satu hantaran yang tidak menyenangkan telah dimuat naik tanpa pengetahuan saya. Saya memohon maaf dengan sepenuh hati dan berasa kesal kerana telah menimbulkan ketidakselesaan kepada ramai pihak. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Kalau dah kata silap..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.