Ikuti Kami:

“Tersunjae-Sunjae” – Penonton Puas Hati, Episod Akhir ‘Lovely Runner’ Raih Rating Tertinggi

“Tersunjae-Sunjae” – Penonton Puas Hati, Episod Akhir ‘Lovely Runner’ Raih Rating Tertinggi

Episod terakhir “Lovely Runner” membuat mencapai rating penonton tertinggi!

Menurut Nielsen Korea, episod ke-16 yang disiarkan mencatatkan rating sebanyak 5.8% di platform berbayar seluruh negara, menandakan peningkatan yang ketara daripada siaran sebelumnya iaitu 5.3%.

Lebih mengagumkan, kawasan metropolitan mencatatkan rating sebanyak 7.2% di mana ia merupakan satu pencapaian membanggakan.

Ending drama ini memaparkan Im Sol (Kim Hye-yoon) berjaya menyelamatkan Ryu Sun-jae (Byun Woo-seok) dan memori itu kembali semula seperti biasa. Mereka kemudian bercinta dan bersatu akhirnya manakala wanita itu turut mencapai impian untuk menjadi pengarah filem.

Rata-rata penonton menarik nafas lega apabila menonton episod akhir “Lovely Runner” selain memilih drama itu sebagai antara naskhah terbaik untuk tahun ini.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...