Tersenarai Dalam Top 10 Program TV Netflix, ‘Gyeongseong Creature 2’ Kumpul 3.1 Juta Penonton
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Mesti ramai kan yang dah layan “Gyeongseong Creature” musim kedua?
Menurut data dari FlixPatrol, “Gyeongseong Creature 2” telah berjaya menduduki tempat ke-4 dalam senarai Top 10 Rancangan TV di Netflix, dengan jumlah tontonan sebanyak 3.1 juta setakat ini.
Selain itu, ia juga berada dalam senarai Top 10 Rancangan TV di lebih 77 negara termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, musim pertama drama itu juga kembali masuk dalam senarai Top 10 apabila ramai yang menonton semula siri tersebut, susulan tayangan musim baru.

Sementara itu, “Gyeongseong Creature 2” akan meneruskan kisah Jang Ho-jae (Park Seo-joon) dan Yoon Chae-ok (Han So-hee) untuk membongkar hubungan, nasib dan konflik yang belum selesai di Gyeongseong.
Pergi tonton sekarang!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




