Ikuti Kami:

Terperangkap Dalam Telefon Bimbit, Chae Jonghyeop Dilapor Bakal Terajui ‘Unlock The Boss’

Terperangkap Dalam Telefon Bimbit, Chae Jonghyeop Dilapor Bakal Terajui ‘Unlock The Boss’

Makin banyak tawaran berlakon buat Chae Jong-hyeop untuk tahun ini.

Terbaru, individu dalam industri melaporkan bahawa pelakon itu akan muncul dalam drama asal KT Studio Genie bertajuk “Unlock The Boss”. Ianya diadaptasi dari webtoon dengan nama yang sama di Naver di mana ia membawa kisah seorang ketua yang terperangkap dalam telefon bimbit pintar dan seorang lelaki yang mengetahui kebenaran selepas mengambil gajet berkenaan.

Chae Jong-hyeop dikatakan akan membawa watak Park In-sung, seorang anak muda yang mengambil telefon bimbit pintar misteri yang terus mengubah hidupnya. Selain itu, dia akan menyelamatkan ketua Kim Sun-joo yang berada dalam bahaya.

chae jonghyeop

Pun begitu, masih belum ada pengesahan rasmi dari pihak Chae Jong-hyeop buat masa ini mengenai tawaran “Unlock The Boss”.

Dalam pada itu, Chae Jong-hyeop dijadualkan muncul dalam drama KBS “The Speed To You Is 493KM” tak lama lagi.

Semoga Chae Jong-hyeop makin banyak berlakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...