Antara korang ada yang ingat lagi tak penyanyi yang pernah terkenal ni?
Pada 8 Disember, netizen di komuniti atas talian mendapati bahawa hanya tinggal empat bulan sahaja sehingga Jung Joon-young akan dibebaskan dari penjara.
Terlebih dahulu, jenayah seks Jung Joon-young dan Choi Jong-hoon telah terbongkar semasa penyiasatan terhadap skandal ‘Burning Sun’ Seung-ri BIGBANG dijalankan.
Di mana semasa menyiasat jenayah Seung-ri, polis menemui bilik sembang kumpulan pada telefonnya, yang dinamakan sebagai ‘bilik sembang kumpulan Jung Joon-young’.
Jung Joon-young telah dituduh menyebarkan video yang dirakamkan secara haram sebanyak 11 kali, termasuk video seks dan gambar yang diambil secara rahsia selama beberapa bulan dari tahun 2015 kepada beberapa orang selebriti.
Malah, pada Januari 2016, penyanyi itu telah dijatuhkan hukuman sebelum dipenjarakan selepas didapati bersalah di atas kesalahan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita selepas dia memabukkannya.
Jung Joon-young dijadualkan akan mula dibebaskan pada Mac tahun 2024 ini.
Manakala, Seung-ri yang didapati tidak bersalah terus dikritik ramai berikutan dengan kontroversi kehidupan peribadinya. Di mana dia sering dijumpai di kelab malam, berparti dengan orang yang terlibat dengan kes dadah serta dikatakan curang dengan teman wanitanya.
Rasa macam sekejap je kan kes ni berlalu?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.