Ikuti Kami:

Terpalit Pelbagai Kontroversi, Seo Yeji Bersuara Selepas 2 Bulan Mendiamkan Diri

Terpalit Pelbagai Kontroversi, Seo Yeji Bersuara Selepas 2 Bulan Mendiamkan Diri

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi, nampaknya pelakon Seo Ye-ji lebih senang mendiamkan diri daripada perhatian ramai.

Umum pastinya mengetahui bahawa pelakon wanita itu didakwa ‘mengawal’ kekasih Kim Jung-hyun pada tahun 2018 sehingga menyebabkan staf di tempat penggambaran dram “Time” mengalami kesukaran kerananya. Malah ada dakwaan yang mengatakan Seo Ye-ji juga sering membuli staf yang bekerja dengannya.

Hampir 2 bulan mendiamkan diri, Seo Ye-ji tampil memuat naik entri ringkas di laman peminatnya baru-baru ini.

Mengetahui bahawa ada yang mempercayai saya membuatkan saya rasa gembira.

seo yeji

Disebabkan oleh entri tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa lega apabila mengetahui bahawa Seo Ye-ji berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Walaubagaimanapun belum dapat dipastikan bilakah Seo Ye-ji akan kembali dalam dunia lakonan semula.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...