Ikuti Kami:

Terpalit Khabar Angin Bercinta, Lee Junho & Yoona Artis K-Pop Raih Paling Banyak Pengikut Di Instagram Kini

Terpalit Khabar Angin Bercinta, Lee Junho & Yoona Artis K-Pop Raih Paling Banyak Pengikut Di Instagram Kini

Pasti ramai yang tidak dapat mempersoalkan keserasian hebat antara Lee Jun-ho dan Yoon-a dalam “King the Land” kan?

Bagi yang belum tahu, media Korea melaporkan bahawa Lee Jun-ho dan Yoon-a sedang bercinta, sejak sebelum penggambaran “King the Land” bermula lagi.

Bagaimanapun, agensi kedua-dua selebriti itu terus menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahwa mereka hanyalah kawan rapat sahaja.

Terbaru, Viral Takes melaporkan bahawa Lee Jun-ho merupakan artis K-Pop paling ramai diikuti di Instagram dalam tempoh 24 jam yang lalu, mencatatkan peningkatan sebanyak 93,000 orang.

Begitu juga dengan Yoon-a, artis wanita K-Pop yang meraih paling banyak pengikut di Instagram dalam tempoh 24 jam yang lalu, dengan penambahan sebanyak 47,000 orang.

Memang suka betul tengok gandingan dorang ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...