Ikuti Kami:

Terpalit Kes Buli, Agensi Umum Kontrak Soojin Bekas Ahli (G)I-DLE Sudah Ditamatkan

Terpalit Kes Buli, Agensi Umum Kontrak Soojin Bekas Ahli (G)I-DLE Sudah Ditamatkan

Tiada angin tiada ribut, CUBE Entertainment mengumumkan bahawa kontrak bersama Soo-jin iaitu bekas ahli kumpulan (G)I-DLE sudah pun ditamatkan.

Berikut ialah kenyataan penuh agensi itu,

Ini ialah CUBE Entertainment.

Kami ingin menyampaikan kepada anda bahawa kontrak eksklusif bersama Soojin sudah pun ditamatkan.

Untuk jangka masa yang lama, agensi kami dan Soojin cuba menyelongkar kebenaran mengenai kontroversi yang berbangkit pada Februari lalu menerusi siasatan polis, namun pihak polis mendapati (pendakwa) tidak bersalah.

Kami menghormatin keputusan daripada siasatan polis dan memohon maaf atas kerisauan ramai dek insiden ini.

Terima kasih.

soojin (g)i-dle

Tahun lalu, terdapat individu yang menulis di laman komuniti mengenai Soojin yang didakwa membuli pelajar lain di sekolah. Meskipun Soojin dan agensinya menafikan dakwaan itu, pelakon Seo Shin-ae ke hadapan dan mendedahkan bahawa idola itu membulinya semasa mereka belajar di kelas yang sama. Kemudian, pada Ogos 2021, CUBE Entertainment mengumumkan bahawa Soojin telah pun meninggalkan (G)I-DLE.

Mungkin ada peluang Soojin di tempat lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...