Terpalit Isu Pilih Kasih Antara Pelakon, Pihak ‘The Golden Spoon’ Beri Respon
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Pihak produksi “The Golden Spoon” akhirnya tampil memberikan penjelasan dek satu isu yang menjadi bualan baru-baru ini.
Bagi yang belum tahu, peminat telah mempersoalkan mengenai bahagian pelakon utama yang lebih sedikit berbanding watak sampingan, dalam klip disebalik tabir drama berkenaan.
Khususnya, Son Woo-hyun yang membawa watak Jang Mung-gi mempunyai bahagian yang lebih banyak dalam klip tersebut, berbanding teraju utama Lee Jong-won, Yook Sung-jae, Jung Chae-yeon dan Yeonwoo.

Setelah pelbagai spekulasi dibuat, pasukan produksi “The Golden Spoon” tampil memberi penjelasan.
‘The Golden Spoon’ ialah drama terbaik di mana para pelakon mempamerkan kerja berpasukan yang terbaik. Suasana yang ditetapkan tidak mungkin lebih baik, dengan pelakon sampingan turut menjadi perhatian. Kami memohon maaf kerana menyusahkan pelakon dan penonton yang menggemari drama kami melalui kontroversi ini.
Tambahnya lagi,
Seperti idola K-Pop iaitu Yook Sung-jae, Jung Chae-yeon, dan Yeonwoo, mereka semua mengetuai dan tidak teragak-agak dalam mempromosikan projek itu. Ia sampai ke tahap di mana mereka menjaga Lee Jong-won dan Son Woo-hyun, yang tidak begitu biasa dengan pembikinan video.

Maknanya, dorang ni semua memang serasi la di dalam dan luar drama, kan?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




