Ikuti Kami:

Ternyata Popular! Sekuel ‘Space Sweepers’ Dikhabarkan Sudah Dalam Perancangan?

Ternyata Popular! Sekuel ‘Space Sweepers’ Dikhabarkan Sudah Dalam Perancangan?

Disebabkan kepopularitian yang hebat, khabarnya ramai yang mengharapkan agar filem Netflix “Space Sweepers” bakal ada kesinambungannya.

Kalau anda nak tahu, filem ini menceritakan tentang kapal angkasa Victory’ iaitu sebuah kapal yang mengutip sampah dan serpihan barangan daripada angkasa lepas. Ianya dikemudi oleh juruterbang genius Tae-ho (Song Joong-ki), bekas lanun angkasa yang misteri Kapten Jang (Kim Tae-ri), jurutera kapal angkasa Tiger Park (Jin Sun-kyu) dan robot tentera yang sudah diprogramkan semula Bubs (Yoo Hae-jin). Selepas berjaya merampas satu kapal usang, kru Victory terjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan ‘Dorothy’ yang berusia 7 tahun. Kemudiannya, mereka sedar bahawa dia ialah robot manusia yang dicari oleh UTS Space Guards dan memutuskan untuk meminta wang tebusan daripada mereka.

netflix space sweepers

Daripada laporan media yang berterbangan, khabarnya filem popular itu sudah pun dalam perancangan untuk sekuelnya malah pihak produksi juga dikatakan sedang bersiap sedia untuk projek tersebut.

Meskipun belum ada pengesahan yang sah, namun rasanya ramai yang dah teruja menantikan sambungan “Space Sweepers” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...