Ikuti Kami:

Ternampak Sekilas Dalam Teaser, Song Jihyo Dikhabarkan Bakal Jadi Tetamu Musim Ke-3 ‘Busted’

Ternampak Sekilas Dalam Teaser, Song Jihyo Dikhabarkan Bakal Jadi Tetamu Musim Ke-3 ‘Busted’

Diam tak diam, “Busted” musim ketiga akan menemui penonton tak lama lagi iaitu pada 22 Januari akan datang. Khabarnya, ini adalah musim terakhir dan kesemua persoalan yang tergantung pada musim pertama dan kedua akan terjawab dalam musim kali ini.

Bahkan Lee Kwang-soo akan kembali menyertai geng detektif yang terdiri daripada Yoo Jae-suk, Kim Jong-min, Park Min-young, Oh Se-hun (EXO), Kim Se-jeong serta Lee Seung-gi. Best kan?

busted musim 3

Yang paling best ialah apabila senarai tetamu yang dapat dilihat dalam teaser musim ketiga ini boleh tahan hebatnya. Antara daripada mereka ialah Suho (EXO), Im Soo-hyang, Jo Byeong-gyu, Kim Bo-ra, Ahn Bo-hyun, Rowoon (SF9) dan ramai lagi.

Tapi yang paling menarik perhatian ramai ialah apabila ada yang katanya ternampak kelibat Song Ji-hyo dalam sedutan tersebut. Walaupun hanya daripada tepi namun ramai yang yakin bahawa ia adalah kelibat pelakon cantik itu.

busted musim 3

Sumber: Twitter (xunhuas)

Nampaknya makin ramai yang teruja nak menonton musim terbaru ini memandangkan dapat tengok Song Ji-hyo dalam program hiburan lain selain daripada “Running Man”.

Tapi ini hanya sangkaan sahaja dan masih belum disahkan lagi, tapi harapnya memang betul. Tolonglah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...