Ikuti Kami:

Termasuk Netflix, Populariti ‘A Business Proposal’ Bawa Tuah Buat 3 Syarikat Ini

Termasuk Netflix, Populariti ‘A Business Proposal’ Bawa Tuah Buat 3 Syarikat Ini

Lain macam betul demam “A Business Proposal”!

Bukan sahaja drama adaptasinya, malah webtoon asal yang sudah habis ditulis juga kembali mendapat perhatian ramai di seluruh dunia. Antara yang dapat menikmati tuah ini ialah Netflix, Kakao dan Cross Pictures yang terlibat dalam penghasilan dan penstriman drama romantik komedi ini.

Ianya digambarkan sebagai kejayaan buat ‘hak intelek’ (IP). Pencapaian ini dapat dilihat daripada kedudukan yang diduduki oleh “A Business Proposal” di ranking global Netflix. Menurut senarai Top 10 Netflix yang mengira jam tontonan setiap naskhah, drama ini menduduki tempat pertama pada minggu ke-4 dan ke-4 bagi kategori drama bukan Inggeris.

sbs a business proposal

Dek kejayaan di Netflix, Kakao turut sama dapat merasai tuah berkenaan apabila peminat luar negara membanjiri Kakao Page, webtoon Kakao dan platform novel web bagi membaca siri asalnya. Menurut pihak mereka, bacaan “A Business Proposal” menaik 10 kali ganda walaupun ianya sudah selesai ditulis. Nilai transaksinya juga meningkat naik apabila tontonan menaik 13 kali ganda di Indonesia dan Taiwan.

Selain itu, Cross Pictures yang terlibat dalam produksi dramanya turut menerima perhatian dek “A Business Proposal”.

Hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...