Ikuti Kami:

Termasuk Kuala Lumpur, Rami Terpaksa Tarik Diri Dari Konsert BABYMONSTER Di Asia Atas Sebab Ini

Termasuk Kuala Lumpur, Rami Terpaksa Tarik Diri Dari Konsert BABYMONSTER Di Asia Atas Sebab Ini

Bagi memberikan tumpuan kepada kesihatannya, Ra-mi terpaksa menangguhkan segala aktivitinya buat sementara waktu.

Menurut YG Entertainment, Ra-mi tidak akan menyertai konsert jelajah BABYMONSTER di Asia, yang akan bermula di Singapura pada 17 Mei ini dan berlangsung sehingga akhir Jun.

Berikut adalah kenyataan dari agensi:

Sejak debut, Ra-mi secara aktif telah mengambil bahagian dalam semua aktiviti sambil menerima rawatan yang konsisten. Namun disebabkan keadaannya dilihat tidak bertambah baik, pakar perubatan menasihatinya untuk menangguhkan semua aktiviti dan berehat sepenuhnya buat masa ini.

Kami memohon pemahaman anda mengenai ketiadaan Ra-mi dalam konsert BABYMONSTER akan datang.

rami babymonster

Bagi yang belum tahu, BABYMONSTER akan menemui peminat di Malaysia pada 21 Jun ini, bertempat di Stadium Axiata Arena.

Semoga cepat sembuh Ra-mi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...