Baru-baru ini, media melaporkan sekiranya Suga BTS akan dilarang untuk muncul dalam saluran KBS selepas terlibat dengan isu pandu skuter dalam keadaan mabuk.
Menurut laporan, KBS menyatakan,
Kami belum membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat sedemikian untuk Suga BTS.
Tambah KBS,
Suga sedang berkhidmat dalam tentera jadi dia tidak muncul di mana-mana program KBS. Larangan ke atas penampilan Suga bukanlah isu yang perlu dibincangkan segera. Kesnya juga masih dalam siasatan polis jadi kita perlu tunggu keputusannya.
Selain itu, Ilgan Sports turut menjelaskan disebabkan kandungan alkohol Suga adalah lebih tinggi dari Kim Sae-ron, KBS dijangka akan mengenakan larangan yang sama buat penyanyi “Daechwita” itu.
Jika lelaki itu dilarang untuk muncul dalam saluran tersebut, sukar untuk BTS muncul dengan kesemua ahli di KBS atau Suga mungkin akan dikaburkan daripada sebarang rakaman kumpulan itu.
Nantikan info lanjut.