Rupanya senaman bukanlah suatu perkara yang baik sebenarnya?
Dalam episod terbaru “Problematic Child In House”, mereka telah menjemput Profesor Jung Hee-won yang merupakan graduan perubatan dari Universiti Kebangsaan Seoul dan pakar dalam bidang sakit tua kompleks, sakit kronik dan dementia.
Katanya, ‘latihan berat’ adalah penting dan otot lebih mustahak berbanding pencen. Mengira jisim otot Kim Jong-kook, lelaki itu nyata memiliki angka tinggi dan diangkat sebagai figura penting yang ‘kaya otot’.
Walau bagaimanapun, profesor itu memberikan amaran dan mengatakan bahawa individu yang terlalu aktif dengan latihan berat mungkin akan memiliki jangka hayat yang lebih pendek. Malah, Lee Chan-won bertegas supaya Kim Jong-kook supaya kurang bersenam dan menekankan kepentingan hidup lama.
Harap Kim Jong-kook beringat lah..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.