Adakah Song Ji-hyo akan menukar namanya sekali lagi?
Dalam episod terbaru “Running Man”, Hong Jin-ho dan Geum Sae-rok telah menyertai perlumbaan khas untuk perayaan Chuseok.
Yoo Jae Suk sempat bertanya kepada Song Ji-hyo mengapa wanita itu tidak menghadiri perkahwinan Hong Jin-ho yang baru berlalu. Jawabnya,
Saya dah hantar wang, tapi dia tak tahu pun itu daripada saya.
Mendengar ini, Yoo Jae-suk berkata sambil ketawa,
Dia tak tahu sebab kamu guna nama ‘Cheon Soo-yeon’ (nama sebenar Song Ji-hyo).
Tambah Yoo Jae-suk,
Nama dia ada tiga: Cheon Seong-im, Cheon Soo-yeon, dan Song Ji-hyo. Tapi dia kata nama Cheon Soo-yeon pun dah terlalu dikenali, jadi dia nak tukar lagi.
Agaknya apa nama baru Song Ji-hyo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.