Ikuti Kami:

[TERKINI] Yohan Kumpulan Top Secret (TST) Meninggal Dunia, Keluarga Rahsiakan Punca Kematian

[TERKINI] Yohan Kumpulan Top Secret (TST) Meninggal Dunia, Keluarga Rahsiakan Punca Kematian

Kematian itu pasti, cuma kita tidak tahu apabila dan bagaimana ia akan tiba. Sama juga dengan ahli kumpulan K-Pop Top Secret (TST), Yo-han (Kim Jeong-han) yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada 16 Jun kelmarin.

Baru berusia 28 tahun, namun lelaki ini sudah pun pergi meninggalkan dunia ini. Meskipun mendapat perkhabaran ini secara tiba-tiba, namun punca kematiannya dirahsiakan atas permintaan keluarga mendiang.

Ahli kumpulan Top Secret ini dikatakan sangat aktif dalam berkomunikasi dengan para peminat kerana sering memuat naik gambar dan video di laman media sosial. Idola ini juga turut melahirkan rasa gembira dengan aktiviti seninya baru-baru ini.

yohan top secret tst

Mula menceburi bidang seni pada tahun 2017, Top Secret mempunyai beberapa lahu popular seperti “Mind Control”, “Love Story”, “Paradise” dan banyak lagi. Berita yang tersebar secara tiba-tiba ini nyata membuatkan ramai peminat domestik dan juga luar negara yang terkejut.

Syarikat naungan idola tersebut iaitu KJ Music Entertainment turut mengesahkan berita sedih tersebut.

Salam takziah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...