Semua pasti mengenali dengan bekas ahli kumpulan f(x) iaitu Sulli? Kecomelannya berjaya menambat ramai hati netizen Korea dan juga antarabangsa. Pendek kata, selepas sahaja dia membaut kemunculan pertama sebagai idola, semua sudah mula mengenalinya.
Pernah berlakon semasa masih kecil, dia kemudiannya menyambung hidupnya sebagai seorang idola sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan f(x). Selepas itu, dia hanya aktif sebagai model, jurucakap untuk jenama terkenal dan juga pengacara.
Namun berita sedih untuk semua peminatnya kerana baru sahaja sejam beberapa minit yang lepas, Sulli telah dilaporkan meninggal dan mayatnya telah dijumpai di rumahnya di Seongnam, Seoul. Pihak polis juga telah mengesahkan berita itu.
Mayatnya itu telah dijumpai oleh pengurusnya yang pergi ke rumah gadis itu selepas gagl menghubunginya. Dia ditemui dia tingkat dua rumah itu. Namun begitu, punca kematiannya masih tidak dapat dipastikan.
Nantikan berita selanjutnya mengenai berita ini.
Sumber: KoreaHerald