Ikuti Kami:

Terkesan Dek Hubungan Cinta Bersama Ryu Junyeol Dikritik, Han Sohee Tutup IG & Blog

Terkesan Dek Hubungan Cinta Bersama Ryu Junyeol Dikritik, Han Sohee Tutup IG & Blog

Masih panas lagi isu Han So-hee dan Ryu Jun-yeol..

Beberapa hari ini, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita percintaan antara Ryu Jun-yeol dan Han So-hee di mana semuanya terungkai apabila mereka ditemui peminat sedang bercengkerama di tepi kolam di sebuah hotel mewah di Hawaii.

Walau bagaimanapun, agensi kedua-dua pelakon tersebut menafikan hal berkenaan dan mengatakan bahawa mereka ke sana atas urusan berasingan. Namun mereka akhirnya mengakui sedang bercinta kini dan memulakan hubungan itu di awal 2024.

Isu ini tidak berhenti di situ apabila Hyeri iaitu bekas kekasih Ryu Jun-yeol memberikan klu seolah-olah ada cerita yang lebih menarik disebalik kisah ini apabila memuat naik kapsyen ‘kelakar’ di Instagram Story.

han sohee blog

Mungkin tidak tahan dengan kritikan ramai dan dituduh sebagai perampas, Han So-hee dilihat berusaha memadamkan api berkenaan dengan memohon maaf mengenai hal yang terjadi dan membalas beberapa tulisan netizen di ruangan komen blognya.

Walau bagaimanapun, api khabar angin itu kian marak lantas Han So-hee dilihat membuat keputusan untuk ‘melarikan diri’ dari perhatian ramai. Ini kerana pelakon wanita itu telah menukar mod privasi di Instagram selain memadam kesemua kandungan di blognya.

Di manakah kesudahannya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...