Bila agakanya Byun Woo-seok akan kembali dengan drama baru?
Selepas mencipta fenomena sebagai Ryu Sun-jae dalam drama “Lovely Runner”, pelakon lelaki itu dikatakan telah menerima lebih 20 skrip siri daripada saluran TV dan platform OTT namun dia masih belum memilih sebarang naskhah baru.
Pun begitu, Byun Woo-seok dilihat sibuk dengan pelbagai jadual seni berkaitan duta dan penggambaran model. Malah dia terlibat dalam lebih daripada 15 kempen iklan untuk pelbagai jenama, sama ada yang terkenal dalam negara mahupun di peringkat global kini.
Bukan itu sahaja, khabarnya beberapa syarikat produksi Korea menawarkan syarat lakonan luar biasa seperti menyesuaikan watak, jadual penggambaran dan plot mengikut kehendaknya selain turut bersetuju dengan berapa sahaja bayaran yang dimahukan lelaki itu.
Impak Byun Woo-seok nyata hebat kerana banyak agensi lakonan yang menantikan projek lakonan seterusnya kerana mahu memastikan pelakon di bawah naungan mereka supaya turut membintangi drama yang sama dengannya, meskipun hanya sebagai pelakon pembantu.
Apa pun, sama-sama kita nantikan keputusan Byun Woo-seok.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.