“Terima Kasih” – Peminat Berbangga DOLLA Buat Persembahan Untuk Saluran Korea
- oleh irsa
- 11 bulan lalu
Meskipun permulaan awalnya dikatakan bahawa mereka cuba meniru K-Pop, tapi DOLLA berjaya membuktikan bahawa mereka mampu berdiri dengan bakat sendiri.
Terbaru, kumpulan tersebut berjaya membanggakan nama negara apabila dijemput membuat persembahan di ‘Round Festival 2025’ di mana ia merupakan acara kebudayaan yang menggabungkan bakat dari Malaysia dan Korea serta negara ASEAN lain.
Bukan sahaja peminat berbangga, DOLLA sendiri dilihat gembira apabila persembahan mereka disiarkan di siaran KBS World yang popular dalam kalangan peminat K-Pop.
Komen netizen tempatan,
- “Bangga jadi anak Malaysia.”
- “Menyala DOLLA ku!”
- “Wow sampai ke Korea.”
- “Kumpulan wanita Malaysia pertama yang perform dekat KBS?”
- “Bangganya!”
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




