Sedar tak sedar, Song Ji-hyo sudah pun mencapai usia 41 tahun pada 2022 ini. Sentiasa awet muda, sudah pasti ramai yang mengaguminya.

Terbaru, pelakon tersebut telah menyambut hari jadi yang ke-41 pada tanggal 15 Ogos 2022.
Bagi berkongsi rasa gembira bersama peminat, Song Ji-hyo telah memuat naik beberapa entri khusus untuk menyampaikan penghargaan buat semua.
View this post on Instagram
Tulisnya pada semua entri itu,
Semua.. saya dengan seikhlas hati berterima kasih buat semua yang mengucapkan selamat hari jadi buat saya pada tahun ini.
Disebabkan ucapan tahniah yang bermakna dari setiap orang, saya mampu menyambut hari jadi yang gembira pada saban tahun.
Saya akan mengingati dan bekerja keras buat hati semua yang sentiasa menyokong dan menyayangi saya.
View this post on Instagram
Lebih menyeronokkan apabila Song Ji-hyo memuat naik sebayak 4 entri dengan berpuluh foto berlainan bagi mengucapkan terima kasih buat semua atas pemberian hadiah mereka.
View this post on Instagram
Selamat hari jadi Song Ji-hyo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.