Utama Celebrity News “Terima Kasih Buat Kami Ketawa” – Lee Kwangsoo Lawat Papan Iklan Peminat...

“Terima Kasih Buat Kami Ketawa” – Lee Kwangsoo Lawat Papan Iklan Peminat Antarabangsa ‘Running Man’

lee kwangsoo

Masih terasa seperti mimpi apabila Lee Kwang-soo mengucapkan selamat tinggal buat peminat “Running Man” baru-baru ini.

Memilih untuk merawat kecederaanya akibat kemalangan yang belum pulih sepenuhnya, pelakon lelaki itu membuat keputusan berat untuk berhenti berlari selepas 11 tahun bersama program itu.

Jelas terasa kehilangannya, kebanyakan peminat daripada beberapa negara telah mendirikan iklan bagi mengucapkan terima kasih buat Lee Kwang-soo atas hiburan yang diberikan sepanjang berada di “Running Man”.

Bagi menghargai usaha tersebut, baru-baru ini, Lee Kwang-soo telah melawat sendiri beberapa iklan khas buatnya di stesen kereta api bawah tanah di sekitar Seoul.

lee kwangsoo lee kwangsoo

Antara mesej yang ditinggalkan peminat buatnya ialah,

Terima kasih kerana membuatkan kami tertawa selama 11 tahun ini.

Terima kasih, Lee Kwang-soo dari ‘Running Man’.

Saya gembira tetapi juga sedih.

Harapnya Lee Kwang-soo akan muncul dalam “Running Man” suatu hari nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...