Sebelum ini mereka viral dek kerana melangsungkan perkahwinan, sekarang viral kenapa pula?
Terbaru, satu video mula tular di laman media sosial di mana klip video tersebut melibatkan Namgoong Min dan isterinya.
Klip video tersebut mula tersebar kerana video itu merupakan video pelamaran oleh Namgoong Min terhadap Jin Ah-reum. Ha… siapa kata K-Drama tak wujud di dunia nyata…
https://twitter.com/kdramatreats/status/1578343352839589890?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1578343352839589890%7Ctwgr%5E4f4963608a45cd0952d1592a75b98b3a5d44f9fd%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cosmo.ph%2Fentertainment%2Fnamgoong-min-jin-ah-reum-wedding-a4575-20221011
Dalam video tersebut, Namgoong Min memulakan lamarannya dengan berkata,
Namgoong Min: Ada sesuatu yang saya mahu kamu lakukan untuk saya…
Jin Ah-reum: Boleh, apa itu?
Namgoong Min: Kalau saya beritahu kamu, kamu yakin kamu boleh buatnya untuk saya?
Jin Ah-reum: Ya.
Lalu, Namgoong Min terus melutut dan mengeluarkan sekotak cincin buat Jin Ah-reum.
Adakah kamu mahu mengahwini saya?
View this post on Instagram
Jin Ah-reum kelihatan sangat terkejut dan mula menangis dek kerana lamaran dari Namgoong Min. Rata-rata dalam kalangan netizen juga sangat terharu dengan lamaran tersebut, lalu mereka turut meninggalkan komen dan ucapan buat pasangan berikut.
“Wah! Touchingnya….”
“Saya sebak…”
“Namgoong Min nampak tampan!”
“Semoga anda semua berbahagia!”
“Cemburunya saya…”
“Ini adalah lamaran yang singkat dan manis.”
Siapa nak melamar kita macamtu….
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.