Ikuti Kami:

“Terfikir Untuk Berhenti..” – Song Jihyo & Ji Sukjin Ulas Jika Mahu Tinggalkan ‘Running Man’

“Terfikir Untuk Berhenti..” – Song Jihyo & Ji Sukjin Ulas Jika Mahu Tinggalkan ‘Running Man’

Selama 14 tahun berlari bersama, Song Ji-hyo mengakui bahawa dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan “Running Man”.

Baru-baru ini, Song Ji-hyo tampil sebagai tetamu bersama Ji Suk-jin di saluran “ChoDongAri,” di mana dia membincangkan penglibatannya dalam program “Running Man” .

Song Ji-hyo berkata,

Saya tak pernah terfikir akan sertai rancangan hiburan selama ini. Pada awalnya, saya rapat dengan pihak produksi, jadi saya fikir selagi mereka masih ada, saya tak patut berhenti. Pasukan produksi asal dah keluar dan pergi ke tempat lain, tetapi kini saya rasa rapat dengan ahli-ahli lain, jadi saya rasa saya akan teruskan sehingga tamat.

song jihyo ji sukjin

Ketika itu, Ji Suk-jin berkata bahawa dia mengetahui bahawa wanita tersebut ada memikirkan untuk berhenti sebelum ini namun Song Ji-hyo menafikan dengan berkata,

Jangan buat andaian. Saya tak pernah ada fikiran sebegitu.

Jelas keduanya, mereka pasti akan duduk berbincang sekiranya mereka mahu melakukan keputusan besar seperti mahu berhenti.

Agaknya berapa lama lagi “Running Man” akan bertahan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...