Ikuti Kami:

Terendah Sepanjang Tayangan, Episod Terbaru ‘Idol: The Coup’ Catat Rating 0.3%

Terendah Sepanjang Tayangan, Episod Terbaru ‘Idol: The Coup’ Catat Rating 0.3%

Walaupun sudah memasuki ke pertengahan cerita, namun “Idol: The Coup” tidak mampu untuk melepasi rating 1% setakat ini.

Bermula dengan catatan 0.7% pada episod pertama, drama kehidupan idola itu terus menunjukkan penurunan yang membimbangkan hingga jatuh ke rekod terburuk iaitu 0.332% dalam episod terbarunya (episod 7).

Bukan itu sahaja, JTBC sepertinya mengalami waktu yang sukar kini apabila program yang ditayangkan sebelum drama itu iaitu “Bistro Shigor” turut gagal menarik perhatian dan mencatatkan rating di bawah 1% juga.

jtbc idol: the coup

Drama ini membawa kisah sekumpulan idola yang gagal menggapai populariti dan terbeban untuk melepaskan impian yang sukar dicapai itu. Ia dibintangi oleh Hani (EXID), Kwak Si-yang, Kim Min-gyu, EXY, Ahn Sol-bin, Han So-eun dan Green.

Kenapa agaknya ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...