Jennie BLACKPINK nampaknya rapat dengan ramai selebriti! Bukan sahaja yang sebaya malah pelakon yang lebih senior juga sangat menyukainya.
Terbaru, Lee Jung-jae dilihat berkongsi hadiah yang diterima daripada idola itu menerusi laman Instagram miliknya.
Di dalam video itu, Jennie menyampaikan jambangan bunga serta sepasang cermin mata hitam daripada penaja ahli BLACKPINK tersebut.
View this post on Instagram
Ucap Lee Jung-jae,
Terima kasih.
Kalau anda nak tahu, Jennie pernah mendedahkan bahawa ibunya menamakan dirinya dengan ‘Jennie’ kerana menyukai watak Lee Jung-jae iaitu ‘Jae-hee’ di dalam drama “Sandglass”. Malah kedua mereka pernah memuat naik gambar bersama sekaligus membuktikan keakraban meskipun berbeza usia.
Alahai comelnya Jennie.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.