Kalau korang peminat K-Pop, lagu “Zoom” nyanyian Jessi pasti merupakan salah satu lagu yang korang kerap dengar di sosial media, kan?
Terbaru, Jessi telah membuktikan popularitinya sekali lagi dengan muzik video lagu baharunya “ZOOM” yang telah berjaya mencapai lebih 50 juta tontonan di YouTube, menambah satu lagi pencapaian dalam kerjayanya.
Bukan itu sahaja, “ZOOM” juga telah melepasi tujuh juta pendengar bulanan di Spotify, menjadikan lagu itu menduduki di tempat ke-80 pada carta 100 Teratas Global Spotify.
Tambahan, dengan adanya cabaran tarian menggunakan hashtag #zoominzoomoutchallenge dan #zoomchallenge di sosial media, lagu “ZOOM” ini nampaknya telah meraih lebih banyak perhatian peminat K-Pop seluruh dunia.
Memang seronok kan lagu ni?