Terbukti Popular, ‘Happiness’ Berjaya Duduki No 6 Di Ranking Netflix Global
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Ada tak yang dah tonton “Happiness” di Netflix?
Untuk pengetahuan, “Happiness” yang diterajui oleh Park Hyung-sik dan Han Hyo-joo, membawa kisah sekumpulan penduduk sebuah flat yang bertarung bagi meneruskan kelangsungan hidup, apabila virus zombi mula merebak dalam bangunan itu.
Sebelum ini, “Happiness” telah ditayangkan secara rasmi di platform tvN dan Viu sahaja.

Meskipun baru sahaja dikeluarkan di Netflix pada 11 April lalu, “Happiness” telah berjaya membuktikan kepopularitiannya, dengan drama tersebut menduduki di tempat ke-6 rancangan TV yang paling banyak ditonton di Netflix global.
Selain itu, “Happiness” telah berada di tempat ke-2 di Malaysia dalam Top 10 Rancangan Netflix, walaupun baru sahaja tayang kurang dari seminggu.
Power betul! Korang ada tak yang tengah ‘marathon’ drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




