Ikuti Kami:

Teraju Utama ‘2037’ Bekas Peserta ‘Produce 48’? Ini Info Lanjut Tentang Hong Yeji

Teraju Utama ‘2037’ Bekas Peserta ‘Produce 48’? Ini Info Lanjut Tentang Hong Yeji

Korang ada tengok tak filem terbaru “2037”? Sedih kan filem tu… Tetapi, katanya pelakon utama filem itu iaitu Hong Ye-ji sebenarnya merupakan bekas peserta “Produce 48”! Ha korang tak tahu kan? Jom kita kenali dengan lebih mendalam siapa Hong Ye-ji ini sebenarnya.

Gadis cantik manis ini sebenarnya baru saja mencecah umur 20 tahun. Muda lagi… Namun, dia sebenarnya telah melalui pelbagai cabaran sejak disingkirkan daripada program “Produce 48”.

Hong Ye-ji yang lahir pada tahun 2002, sebelum ini dikenali oleh umum sebagai seorang trainee melalui program tersebut. Dia menyertai “Produce 48” pada tahun 2018 di usia 16 tahun dan pada ketika itu dia bernaung di bawah CNC Entertainment.

Walaubagaimanapun, dia hanya berjaya menduduki tempat ke 78 dan telah disingkirkan pada episod ke-5. Senang kata, dia tidak berjaya mencuri perhatian umum sepanjang program itu. Dia juga pernah dibentuk dalam kumpulan IZ*ONE pada tahun 2018.

Selain daripada itu, Hong Ye-ji juga dilihat menghadapi kesukaran dalam mencari agensi yang baik dan sesuai selepas disingkirkan. Dalam masa 3 tahun, dia sudah berkerja dengan 3 agensi berbeza. Dia menjadi idola di bawah STARDIUM Entertainment dan menghentikan kerjasama dengan agensi tersebut pada 2020.

Manakala, untuk agensi kedua iaitu JUNG Entertainment, dia bergerak sebagai pelakon namun menghentikan kerjasama dengan agensi itu pada 2021. Sambungan kepada itu, dia meneruskan lagi kerjayanya sebagai pelakon di bawah BIG WHALE Entertainment sejak September tahun 2021 sehingga sekarang.hong yejiRezeki yang tak disangka-sangka, akhirnya Hong Ye-ji ditawarkan menjadi teraju utama untuk filem “2037” yang berjaya meraih perhatian penonton baru-baru ini. Dalam filem tersebut, Hong Ye-ji memegang watak sebagai Yoon Young, seorang gadis berumur 19 tahun, yang dijatuhkan hukuman atas tindakan mempertahankan diri sendiri yang menyebabkan dia dipenjara seumur hidup.hong yejiTuah menyebelahi Hong Ye-ji, apabila rata-rata dalam kalangan penonton melihat usaha dan kualiti lakonannya malah turut memuji paras rupanya yang cantik. Walaupun ini merupakan projek filem pertamanya, namun ia dilihat sebagai ‘pembuka jalan’ buat Hong ye-ji setelah disingkirkan dalam “Produce 48”.

Kalau korang sering mengikuti episod “Running Man”, korang pasti nampak penampilan Hong Ye-ji dalam episod Mei lalu. Dia bahkan tidak percaya dia berpeluang untuk tampil dalam “Running Man”, malah turut berkali-kali memastikan hal itu dengan agensinya kerana dia begitu gementar untuk tampil dalam rancangan hiburan terkenal.hong yejiPeluang sewaktu di “Produce 48” tidaklah secerah peluang yang Hong Ye-ji peroleh sekarang kan? Namun, boleh dikatakan lakonannya dalam “2037” cukup memberansangkan walaupun ianya merupakan filem pertama.

Syabas Hong Ye-ji! Korang dah tengok belum “2037”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...