Ikuti Kami:

Teori ‘The Penthouse 3’: Shim Suryeon Bakal Bertemu Oh Yoonhee Dalam Episod Akhir?

Teori ‘The Penthouse 3’: Shim Suryeon Bakal Bertemu Oh Yoonhee Dalam Episod Akhir?

Lagi sehari sahaja, kita akan disajikan dengan episod terakhir “The Penthouse 3”. Selepas setahun bersiaran, pastinya ramai yang menantikan bagaimana pengakhiran kepada siri yang seperti ‘roller-coaster’ ini.

Sudah pun menjadi sebutan ramai sebelum ini, khabar angin bahawa Oh Yoon-hee (Eugene) akan membuat kemunculan semula di dalam episod akhir nanti kian bertiup kencang selepas pendedahan sebuah saluran YouTube.

[Amaran SPOILER]

Seperti yang diketahui semua, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) telah menolak Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) ke dalam gaung yang sama dengan tempat Oh Yoon-hee menemui ajalnya dahulu.

Hidup dan mati menjadi persoalan, kelibat Shim Su-ryeon di dalam teaser episod akhir sepertinya membuktikan bahawa wanita itu terselamat daripada insiden berkenaan. Dalam klip itu, dia membawa kereta mewah dan diiringi suaranya,

Ada orang yang saya perlu berjumpa. Nak tak ikut saya, Logan?

the penthouse 3

Malah sebelum ini terdapat satu gambar yang menunjukkan babak tersebut tersebar. Disebabkan oleh warna dan jenis kereta yang sama, berkemungkinan besar ia diambil semasa penggambaran babak tersebut.

Dalam gambar berkenaan, wanita yang beralih ke arah lain kelihatan seperti Oh Yoon-hee. Tambahan pula Shim Su-ryeon memakai pakaian ala t-shirt di dalam teaser berkenaan namun wanita di dalam gambar itu memakai gaun dengan sekuin bersinar. Lantas timbul persoalan sama ada orang yang mahu dijumpai Shim Su-ryeon itu ialah Oh Yoon-hee?

Semakin menghampiri penamat, semakin banyak persoalan yang timbul dalam fikiran penonton. Apa pandangan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...