Ikuti Kami:

Teori ‘The Penthouse 3’: Kisah Lalu Terbongkar, Netizen Syak Oh Yoonhee & Joo Dantae Adik-Beradik?

Teori ‘The Penthouse 3’: Kisah Lalu Terbongkar, Netizen Syak Oh Yoonhee & Joo Dantae Adik-Beradik?

Bersama lagi kita dalam teori penonton mengenai plot twist “The Penthouse 3”.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod ke-7 baru-baru ini, kisah masa lampau Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) telah didedahkan sekaligus menarik perhatian orang ramai. Semasa kanak-kanak, lelaki itu tinggal di tapak pembinaan semula daerah Cheonsu bersama ibu dan adik perempuannya. Walaubagaimanapun, semasa mereka sedang tidur, ayah Baek Jun-ki (On Joo-wan) telah menghidupkan jentera bagi memusnahkan tapak berkenaan.

Tidak menghiraukan teriakan Joo Dan-tae yang meminta lelaki tua itu berhenti, ibu dan adik perempuannya kemudian meninggal dunia di bawah timbusan bangunan berkenaan. Joo Dan-tae kemudiannya digambarkan mempunyai trauma dek pesanan terakhir ibunya supaya menjadi kaya dan berjaya, mempunyai rumah besar dan hidup mewah nanti.

plot twist the penthouse 3

Walaubagaimanapun, seorang pemilik YouTube membincangkan kemungkinan adik Joo Dan-tae, Jun-hee merupakan Oh Yoon-hee pada masa ini. Disebabkan oleh teori berkenaan, rata-rata penonton meluahkan rasa keliru dan geram mereka. Malah personaliti kedua mereka yang sama selain merupakan anak yatim dengan nama yang seakan sama, ianya menguatkan lagi teori tersebut.

Pun begitu, pihak “The Penthouse 3” menyatakan bahawa nama Jun-hee tidak memainkan peranan yang besar di dalam skrip tersebut sekaligus menutup desas-desus mengenai teori Joo Dan-tae dan Oh Yoon-hee merupakan adik-beradik kandung.

Tapi ramai yang masih ragu-ragu dengan penjelasan berkenaan memandangkan penulis drama ini yang sering mengubah skripnya tanpa dijangka.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...