Ikuti Kami:

Tentera Korea Utara Cuba Melarikan Diri, Lee Jehoon & Goo Kyohwan Sah Terajui Filem ‘Escape’

Tentera Korea Utara Cuba Melarikan Diri, Lee Jehoon & Goo Kyohwan Sah Terajui Filem ‘Escape’

Lee Je-hoon dan Goo Kyo-hwan sah bintangi filem akan datang “Escape” bersama-sama!

“Escape” mengisahkan sisi lain pagar kawat berduri di Zon Demiliterisasi (DMZ) yang menggambarkan pelarian dan pengejaran sengit askar Korea Utara Gyu-nam, yang bermimpi untuk menjalani kehidupan di Korea Selatan dan pasukan keselamatan pegawai Hyun-sang, yang harus menghalangnya.

Lee Je-hoon dan Goo Kyo-hwan akan berlakon bersama-sama buat kali pertama menerusi filem “Escape” ini. Lee Je-hoon sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bekerja dengan Goo Kyo-hwan, dan kedua-dua pelakon itu dilihat menghantar ‘finger hearts’ antara satu sama lain di acara ’42nd Blue Dragon Awards’.

Tidak seperti filem-filem terdahulu yang menggambarkan konflik antara Korea Selatan dan Korea Utara, “Escape” akan memberi tumpuan kepada pihak Korea Utara di DMZ dan unit tentera mereka, serta emosi rumit yang wujud antara pelarian dan pengejar.

Pengarah juga akan memberi fokus kepada babak aksi dan proses melarikan diri dengan cara yang menegangkan. Lee Je-hoon akan memainkan watak askar Korea Utara Im Gyu-nam, yang bermimpi untuk menjalani kehidupan baru di Korea Selatan dan bukannya di Utara, di mana masa depannya sudah ditentukan.

Setelah membintangi pelbagai projek dengan genre dan tempoh masa yang berbeza, Lee Je-hoon meningkatkan jangkaan untuk transformasi seterusnya menjadi seorang askar, yang mempertaruhkan nyawanya untuk melarikan diri dan mencari impiannya. Goo Kyo-hwan akan memainkan watak pegawai keselamatan Korea Utara Ri Hyun-sang dari agensi perisikan, yang mengejar Im Gyu-nam untuk menghalangnya dari melarikan diri.

lee jehoon & goo kyohwan

Filem “Escape” yang akan datang ini akan diterbitkan oleh The LAMP Ltd., yang sebelum ini menerbitkan drama “Taxi Driver”, dan “Mal. Mo. E – The Secret Mission”.

Tak sabar nak tengok gandingan mereka berdua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...