Ikuti Kami:

“Tengah Dalam Proses Suntingan..” – Han Sohee Kongsi Perkembangan Untuk Drama ‘Soundtrack #1’

“Tengah Dalam Proses Suntingan..” – Han Sohee Kongsi Perkembangan Untuk Drama ‘Soundtrack #1’

Han So-hee baru-baru ini terlibat dengan temu bual dan penggambaran bersama majalah Allure!

Berikutan penggambaran fotonya yang berani dan berkarisma, Han So-hee telah ditemu bual tentang peranannya yang lalu dan akan datang, serta banyak lagi topik menarik. Pada permulaannya, pewawancara menyebut bagaimana semua orang di sekeliling mereka meluahkan rasa cemburu kerana mereka dapat bertemu dengan Han So-hee. Pelakon itu melahirkan rasa terkejut dan mengulas,

Mempunyai orang yang menyukai saya adalah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba, jadi saya rasa banyak tekanan dan tidak boleh hanya teruja, kerana saya perlu terus berusaha untuk capai ekspektasi mereka.

Berborak tentang wataknya dalam drama Netflix popular “My Name”, Han So-hee telah menjalani latihan fizikal dan senaman yang meluas untuk adegan aksinya. Dia mendedahkan bahawa tabiat itu melekat padanya walaupun selepas drama itu tamat. Katanya,

‘My Name’ mempunyai banyak pengaruh pada corak hidup saya. Pada masa lalu, saya memberi tumpuan kepada diet berorientasikan makanan berbanding bersenam, tetapi saya belajar kali ini bahawa bersenam boleh menjadi satu cara untuk melegakan tekanan. Selepas itu, saya menyedari senaman adalah sesuatu yang perlu saya lakukan dan pandangan saya berubah sepenuhnya.

han sohee park hyungsik

Projek Han So-hee seterusnya ialah “Soundtrack #1”, sebuah drama muzik percintaan di mana dia membintangi bersama Park Hyung-sik. Dia mengulas,

Memandangkan watak saya adalah seorang penulis lirik jadi, saya tidak menyanyi, tetapi semasa penggambaran, saya mendengar banyak lagu yang bagus yang akan digunakan sebagai OST. Semua lagu itu sangat menyedihkan, dan melihat betapa banyak lagu berubah setelah lirik ditambah, adalah pengalaman yang sangat menarik. Pihak produksi mengatakan drama ini akan ditayangkan pada separuh pertama tahun ini, tetapi apabila saya menghantar mesej kepada pengarah semalam, mereka berkata ianya sedang dalam proses penyuntingan.

Apabila ditanya mengapa dia rasa orang tertarik kepadanya, Han So-hee menjawab sambil ketawa,

Saya malu. Walaupun begitu, saya cuba untuk meluahkan perasaan saya secara jujur ​​dan saya rasa peminat saya suka apabila saya sampaikan emosi saya tanpa tapis. Ia seperti mereka mengenalinya sebagai salah satu ‘warna’ diri saya. Saya rasa mereka memandang saya dengan tertanya-tanya, ‘Siapa sebenarnya orang ini? Mengapa dia sebegitu?’ dan bagi saya, itu adalah perhatian yang positif.

han sohee sountrack #1

Cantik betul Han So-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...