Ikuti Kami:

Tendang Jisoo & Berlagak Bak Ahli BLACKPINK Dalam ‘Running Man’, Jun Somin ‘Diserang’ Komen Cacian

Tendang Jisoo & Berlagak Bak Ahli BLACKPINK Dalam ‘Running Man’, Jun Somin ‘Diserang’ Komen Cacian

Semua rasanya terhibur melihat episod “Running Man” baru-baru ini di mana ahli BLACKPINK telah menjadi tetamu jemputan setelah sekian lama tidak menghiasi program tersebut.

Pun begitu, dalam keseronokan yang dirasai oleh semua, terpalit pula satu gosip yang tidak menyenangkan kerana tindakan Jun So-min dalam episod tersebut. Rata-rata daripada peminat sepertinya tidak suka apabila melihat pelakon tersebut yang digelar sebagai ahli ke-5 kumpulan popular tersebut.

jun somin dicaci peminat blackpink

Malah ada yang geram kerana Jun So-min berdiri di tengah BLACKPINK ketika persembahan “Lovesick Girls” meskipun itu adalah hukuman buatnya kerana kalah dalam episod sebelumnya. Sepertinya Jun So-min menenggelamkan kumpulan tersebut dengan tariannya.

Bukan itu sahaja, semasa dalam salah satu misi di penghujung episod tersebut, mereka perlu menahan diri daripada ditolak keluar garisan oleh pihak lawan. Bagi mempertahankan dirinya, Jun So-min dilihat menendang perlahan Ji-soo yang sedang memegang kakinya. Namun, ramai yang marah dan mengatakan bahawa tindakan pelakon itu adalah sedikit keterlaluan.

jun somin dicaci peminat blackpink

Penuh di ruangan komen Instagram Jun So-min dengan kata cacian daripada peminat BLACKPINK. Kesiannya..

jun somin dicaci peminat blackpink jun somin dicaci peminat blackpink

Semoga Jun So-min bertabah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...