Ikuti Kami:

Tenaga Luar Biasa Selama 3 Jam, Konsert B.I 2024 TOUR ‘HYPE UP’ Di Kuala Lumpur Raih Sambutan Hebat

Tenaga Luar Biasa Selama 3 Jam, Konsert B.I 2024 TOUR ‘HYPE UP’ Di Kuala Lumpur Raih Sambutan Hebat

Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment, konsert jelajah Asia B.I 2024 TOUR “HYPE UP” di Kuala Lumpur berjaya menarik 3,000 peminat yang telah membanjiri Mega Star Arena pada 30 Jun.

Membuka pentas dengan lagu “Michelangelo”, B.I turut menghiburkan peminat dengan lagu popularnya yang lain seperti “BTBT”, “illa illa”, “Alive”, “Tasty” dan banyak lagi.

b.i hype up tour in kl

Sesuai dengan tema ‘Hype Up’, persembahan B.I sememangnya menggegarkan pentas tambahan pula dengan sorakan dan peminat yang turut ikut menyanyi bersama penyanyi kesayangan mereka itu.

Meskipun konsert berlangsung selama hampir 3 jam, rapper itu tetap mampu untuk mengekalkan tenaga yang luar biasa sehingga ke penghujung acara dan sentiasa berusaha untuk berinteraksi dengan semua peminat termasuklah mereka yang duduk di barisan atas.

b.i hype up tour in kl

Malahan di penghujung konsert, beberapa ‘ID’ bertuah turut diajak naik ke atas pentas dan menari bersama B.I, mewujudkan lagi suasana hangat dan menyeronokkan.

Gempak lah B.I!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...