Nampaknya “The Sixth Sense 2” bakal menjemput tetamu yang pastinya akan mengundang tawa ramai tak lama nanti.
Menurut sumber media, Ji Suk-jin akan muncul sebagai tetamu undangan dalam satu episod “The Sixth Sense” nanti. Walaubagaimanapun, tarikh spesifik penggambaran dan tayangan episod berkenaan masih belum didedahkan kepada umum.
Disebabkan oleh keserasian dan ‘pertelingkahan’ di antara Yoo Jae-suk dan Jun So-min dalam “Running Man”, ramai yang tak sabar menyaksikan penampilannya dalam program ini. Bahkan mereka juga teruja kerana Ji Suk-jin akan bertemu kembali dengan bekas pengarah produksi “Running Man” iaitu Jung Chul-min.
Bahkan Oh Na-ra juga pernah menyebut bahawa dia mahu melihat Ji Suk-jin sebagai tetamu “The Sixth Sense” sebelum ini. Jadi, peminat menantikan reaksinya apabila permintaan itu akhirnya menjadi realiti.
Untuk pengetahuan anda, program ini menayangkan premis di mana kesemua ahlinya dan tetamu perlu menggunakan deria ke-6 mereka untuk mengenali yang mana palsu di antara yang benar. Ianya dipelopori oleh Yoo Jae-suk, Jessi, Jun So-min, Mi-joo (Lovelyz), Oh Na-ra dan Lee Sang-yeob.
Confirm kelam-kabut episod ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.