Ikuti Kami:

“Teman Wanita Saya..” – Kim Jongkook Buat Pengakuan Jujur Sebab Pindah Dari Rumah Keluarga

“Teman Wanita Saya..” – Kim Jongkook Buat Pengakuan Jujur Sebab Pindah Dari Rumah Keluarga

Penyanyi Kim Jong-kook telah menceritakan serba sedikit mengenai kehidupannya bersama keluarga.

Pada 17 Disember, Kim Jong-kook telah berjumpa dengan pasangan adik-beradik, Patricia dan Jonathan di dalam rancangan “My Little Old Boy”.

Di mana, ahli “Running Man” tersebut telah ditanya mengenai kehidupannya. Kim Jong-kook berkata,

Saya mula pindah keluar daripada rumah keluarga saya masa saya berusia 43 tahun. Pada awalnya, semasa saya bersama kumpulan Turbo, agensi saya ada sediakan tempat penginapan. Namun, saya rasa lebih selesa tinggal di rumah keluarga.

Tambah penyanyi itu,

Saya rasa puas bila duduk dengan keluarga dan dapat lakukan apa sahaja untuk ibu saya. Tapi ada satu perkara yang mengganggu saya pada waktu itu.

kjk

Adunya,

Saya tak boleh nak bawa teman wanita saya pulang ke rumah keluarga saya. Jadi mungkin sebab itu saya buat keputusan untuk pindah ke rumah sendiri.

Malah, penyanyi itu turut menyatakan bahawa dirinya kini sangat sukar untuk meninggalkan rumahnya. Katanya,

Baru-baru ini saya tidur di rumah keluarga saya selama empat hari dan sepanjang masa itu, saya kerap fikir bila saya boleh pulang ke rumah saya sendiri.

Jawapan jujur yang diberikan oleh Kim Jong-kook itu telah membuat pasangan adik-beradik tersebut ketawa.

Korang pula mula pindah dari rumah keluarga masa umur berapa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...