Ikuti Kami:

Teman Wanita Buang Semua Barangan Eksklusif BLACKPINK, Lelaki Ini Kongsi Dah Putus Dengan Kekasih

Teman Wanita Buang Semua Barangan Eksklusif BLACKPINK, Lelaki Ini Kongsi Dah Putus Dengan Kekasih

Setiap peminat pasti ada cara tersendiri untuk menunjukkan rasa sayang kepada idola mereka.

Baru-baru ini menerusi laman Dcard, seorang peminat telah berkongsi cerita apabila teman wanitanya membuang semua harta bendanya, termasuklah barangan BLACKPINK yang dikumpulnya.

Luahnya,

Semalam ketika saya sedang makan, teman wanita saya buang semua barangan saya termasuklah barang paling berharga iaitu kad foto dan poster yang ditandatangani setiap ahli BLACKPINK. Apabila saya tanya mengapa barang saya hilang, dia cakap dia ada serangan OCD dan tak tahan melihat barang bersepah.

Meskipun telah meminta pampasan semula untuk barangan yang dibuangnya itu, peminat tersebut menyatakan bahawa teman wanitanya itu enggan berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang.

Cara dia menanganinya adalah dengan mencari semula barang itu dalam talian dan suruh saya beli dengan wang saya sendiri.

blackpink

Akhirnya, lelaki itu memberitahu bahawa dia sudah pun berpisah dengan teman wanitanya itu kerana sakit hati dan tak tahan dengan kelakuannya.

Komen netizen di hantaran tersebut,

  • BLACKPINK tandatangan sendiri kot!
  • Baguslah putus, nanti dia mesti akan guna serangan OCD sebagai alasan untuk buang barang awak lagi.
  • Dia memang tak hormat awak.
  • Dia tak sepatutnya buang barang awak tanpa minta izin dulu!

Siapa je tak marah kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Dcard

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...