Ikuti Kami:

Teman Lelaki Muda 10 Tahun Dituduh Sebagai Bekas ‘Gigolo’, Ini Respon Han Yeseul

Teman Lelaki Muda 10 Tahun Dituduh Sebagai Bekas ‘Gigolo’, Ini Respon Han Yeseul

Baru sahaja mengumumkan hubungan cintanya, namun ada pula pihak yang cuba menabur fitnah terhadap teman lelaki Han Ye-seul.

Baru-baru ini, saluran YouTube Garo Sero Institute yang dikelolakan oleh peguam dan bekas wartawan mendedahkan kononnya teman lelaki wanita itu, Ryu Sung-jae sebenarnya ialah bekas ‘gigolo’.

Disebabkan oleh tuduhan tidak berasas ini, Han Ye-seul akhirnya meluahkan perasaan menerusi satu live di laman Instagramnya kelmarin.

Tidak.. (haha) wartawan.. Ini adalah fiksyen semata. Kita patutnya duduk minum besar bersama! Bukan itu sahaja, kenapa perkara ini berlaku selepas kontrak bersama agensi saya tamat… Hmmm nak tahunya..

teman lelaki han yeseul gigolo

Han Ye-seul kemudiannya memuat naik gambar dirinya bersama kekasih bagi menutup khabar angin itu.

Walaubagaimanapun pelakon cantik itu dilihat memadam kenyataan asal mengenai khabar angin tersebut dan menjelaskannya,

Saya memadam entri tersebut kerana ramai rakan sekerja saya yang risau dan meminta saya supaya tidak melayan mereka. Jadi, saya memilih untuk menamatkan hari ini dengan gambar pasangan kami yang cantik~ Terima kasih kerana mempercayai dan menyokong kami. Saya tak boleh membaca setiap komen. Saya berasa bersyukur jikalau anda boleh menghantar tangkapan skrin sebarang tuduhan tidak berasas kepada saya supaya dapat difailkan sebagai fitnah nanti.

Suka hati sahaja tuduh orang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...