Ikuti Kami:

Telan Kos RM125 Juta, Do Kyungsoo & Ji Changwook Dilamar Terajui ‘Carved City’

Telan Kos RM125 Juta, Do Kyungsoo & Ji Changwook Dilamar Terajui ‘Carved City’

Adakah Do Kyung-soo bakal kembali dengan sebuah drama baru tak lama lagi?

Menerusi laporan media, ahli EXO itu akan menerajui “Carved City” dan sedang menyusun jadualnya. Untuk pengetahuan, ia membawa kisah pembalasan dendam berdarah di mana kehidupan seorang lelaki biasa punah dan jatuh ke jurang dalam apabila hidupanya dimanipulasi.

Dengan bajet mencapai 35 bilion won (RM124.7 juta), Do Kyung-soo dikhabarkan akan membawa watak seorang pereka yang mencipta neraka dengan mengatur hidup orang lain. Menurut respon agensinya, lelaki itu sedang meneliti tawaran berkenan secara positif.

Pernah membawa watak antagonis dalam “Monster” beberapa tahun lalu, ramai yang tidak sabar menantikan perubahan imej lelaki berkenaan sekiranya dia menerima tawaran untuk muncul dalam “Carved City”.

ji changwook do kyungsoo

Dalam pada itu, dalam laporan lain, Ji Chang-wook pula dikhabarkan akan melakonkan watak si baik yang terperangkap apabila kehidupannya berubah neraka dek dikawal seseorang.

Menurut perancangan, drama ini akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun hadapan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...