Tekan Loceng Rumah Rain & Kim Taehee, ‘Pengintai’ Wanita Umur 40-an Kini Bawah Siasatan Polis
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Polis telah menahan seorang wanita berumur 40-an yang muncul di rumah pasangan Rain dan Kim Tae-hee beberapa kali dan menekan loceng.
Menurut laporan media pada 28 Februari, polis daerah Yongsan Seoul telah menahan seorang wanita berusia 47 tahun, yang membunyikan loceng pintu rumah Rain dan Kim Tae-hee sekitar jam 7 malam pada 27 Februari.
Dilaporkan bahawa Rain telah menghubungi polis sendiri dan wanita itu telah ditangkap di tempat kejadian. Memandangkan terdapat banyak laporan yang difailkan terhadap wanita ini kerana membuat bising (membunyikan loceng pintu, menjerit, dll.) di rumah pasangan itu sejak tahun lepas, polis akan menyiasatnya di bawah Akta Hukuman Jenayah Mengintai.

Semoga lepas ni Rain dan Kim Tae-hee tak kena kacau dah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




