Susah betul bila jadi selebriti popular, walaupun banyak kelebihannya tapi ia juga kadang-kadang datang dengan kesusahan.
Penyanyi dan pelakon popular iaitu Rain dikhabarkan kini sedang berada dalam kesusahan dek ada individu yang melanggar hal peribadi dia dan keluarganya. Menurut agensi Rain, kediamannya kini sering diganggu oleh individu tidak dikenali.
Hello, ini adalah agensi artis Sublime.
Baru-baru ini, makin ramai yang melawat kediaman artis kami Rain (Jung Ji-hoon) sambil menekan loceng dan menjerit ke arah rumah tersebut. Tolong berhenti mengganggu kediamannya.
Perbuatan tidak senonoh dan berlagak seperti peminat bukan sahaja akan membuatkan artis itu takut bahkan ahli keluarga yang tinggal bersamanya juga. Tambahan pula rumah ialah satu ruang peribadi dan tempat yang paling selesa, jadi ianya tidak sepatutnya berlaku lagi.
Jikalau keadaan ini berulang dan ianya menggugat keselamatan kehidupan peribadinya, kami akan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi kesihatan mental dan fizikal artis kami. Perbuatan mengapa-apakan artis kami dan keluarganya tidak akan dipandang ringan dan ini adalah amaran terakhir sebelum tindakan diambil.
Siapalah yang banyak masa sangat sehingga sanggup mengganggu kehidupan Rain, Kim Tae-hee dan dua anak perempuan mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.