Ikuti Kami:

Tayangan Awal ‘A Piece Of Your Mind’ Dapat Rating Rendah, Penonton Luah Plot Sukar Difahami

Tayangan Awal ‘A Piece Of Your Mind’ Dapat Rating Rendah, Penonton Luah Plot Sukar Difahami

Jung Haein kini kembali ke dunia K-Drama menerusi naskhah “A Piece Of Your Mind” di bawah saluran tvN. Pelakon gandingannya merupakan pelakon yang juga bukan calang-calang hebatnya iaitu Chae Soobin. Drama melodrama ini bisa membuatkan ramai penonton terbuai selain banyak kisah mengani ‘cinta bertepuk sebelah tangan’. Pasti teruja kan?

Review tayangan awal “A Piece Of Your Mind”

Episod 1

(Rating 2.4%)

Moon Hawon (Jung Haein) ialah seorang pencipta AI yang sangat sukakan muzik klasik. Dia kini sedang membina satu teknologi AI yang membolehkan ia menonjolkan perwatakan seseorang individu. Lelaki tersebut menggunakan dirinya sendiri sebagai model tetapi tidak dapat mencari ‘titik reaksi’ tersebut.

Han Seowoo (Chae Soobin) pula ialah seorang yang bekerja sebagai jurutera muzik dan studio yang sudah menjadi rumah keduanya kini bakal ditutup kerana pemiliknya ingin menjual bangunan tersebut.

Semasa melepasi bangunan tersebut, Hawon terdengar alunan muzik yang merupakan rekod terakhir dicipta di dalam studio itu. Bergegas masuk, Seowoo terkejut dengan kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba namun Hawon kelihatan terpinga-pinga kerana dia terbayang kisah masa silamnya di mana dia bermian piano bersama seorang perempuan.

Ketika ingin meninggalkan studio tersebut, AI ciptaannya mula memberi respons kepada muzik yang sedang dimainkan itu dan Hawon mula terbayang kembali kisah silamnya. Rupanya, bayangan hidupnya bersama kekasih lamanya iaitu Kim Jisoo (Park Joohyun) ketika tinggal di Oslo adalah ‘titik reaksi’ yang diperlukan untuk menghidupkan AI tersebut.

Lebih mengejutkan kerana Seowoo sebenarnya kenal dengan Jisoo sebelum ini dan telah merekodkan muzik tersebut dengannya kerana ingin membantu wanita untuk melawan kemurungannya. Walaubagaimanapun jurutera muzik itu tidak tahu bahawa cinta pertama Jisoo sebenarnya ialah Hawon.

Episod 2 

(Rating 2.1%)

Kisah cinta di antara Jisoo dan Hawon bermula sejak daripada sekolah menengah lagi. Walaubagaimanapun, wanita itu mengambil keputusan untuk meninggalkan kekasihnya itu kerana sudah jatuh cinta dengan lelaki lain yang juga merupakan suaminya sekrang. Dalam diam, wanita itu sebenarnya menyimpan rahsia besar daripada Hawon dan perkara itu turut menyebabkan rumah tangganya sedikit goyah.

Jisoo menyampaikan kepada Seowoo bahawa perkahwinannya kini terlampau menyakitkan dan dia akan pulang ke Oslo untuk memulakan hidup baru. Dalam pada itu, Seowoo mula sedar bahawa mengenai identiti sebenar Hawon selain mengetahui rahsia yang disimpan oleh Jisoo ialah mengenai kematian ibu kepada lelaki itu. Berdebar kerana semasa dalam perjalanan, Jisoo telah terperangkap dalam ribut salji dan orang terakhir yang dihubunginya ialah Seowoo.

Secara tak langsung, kehidupan mereka bertiga kini bersimpul dan menantikan kebenarannya terungkai suatu hari nanti.

Penonton bingung

Rata-rata penonton melahirkan rasa bingung dengan cerita ini kerana sambungan babaknya yang samar-samar selain tidak masuk akal. Ini adalah kerana sesetengah plotnya yang sukar difahami dan tiada penjelasan awal lantas membuatkan penonton tidak dapat memahami maksud disebaliknya. Pengarah drama ini menjelaskan bahawa penonton akan lebih faham apabila drama ini kian berkembang nanti.

Apa isi cerita ini? Tolong sesiapa jelaskan.

 

Jung Haein hanya kelihatan hebat dalam ‘Prison Playbook’.

 

Bukan saya seorang sahaja yang rasa drama ini tidak menyeronokkan.

 

Saya sangat nantikannya, tetapi plotnya agak….

 

Saya tak tahu apa isi drama ini.. Wataknya semua sangat menyedihkan…

Mungkin kita kena saksikan lagi episod akan datang supaya lebih memahaminya? “A Piece Of Your Mind” ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa.

Sumber: XSportNews

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...