Siap sedia semua untuk saksikan Ma Dong-seok kembali beraksi dalam filem “The Outlaws 3”!
Terbaru, “The Roundup: No Way Out” (“The Outlaws 3”) yang diterajui Ma Dong-seok, Lee Joon-hyuk, Aoki Munetaka, Lee Beom-soo, Kim Min-jae dan ramai lagi, telah mengeluarkan poster dan video teaser pertama untuk filem berkenaan.
Untuk pengetahuan, “The Outlaws 3” akan mengikuti detektif Ma Seok-do (Ma Dong-seok) yang berpindah ke metropolitan pasukan penyiasat, bagi membanteras penjenayah dengan pasukan barunya.
#TheOutlaws3 #TheRoundUpNoWayOut release its poster with #MaDongSeok. The movie is confirmed to be released 1st half of 2023 with the appearance of 2 villains from Korea & Japan each, #LeeJoonHyuk #AokiMunetaka.https://t.co/0lAs1ezAuc#KoreanUpdates VF pic.twitter.com/xfqmuS8wIj
— KoreanUpdates! (@KoreanUpdates) April 17, 2023
Dalam poster yang dikongsi, detektif Ma Seok-do mempamerkan karismanya yang tiada tandingan, membuatkan penonton teruja untuk melihat aksi pelakon itu kali ini.
Tambahan pula, dalam musim ketiga ini akan ada kemunculan 2 penjahat dari Korea dan Jepun yang akan dilakonkan oleh Lee Joon-hyuk dan Aoki Munetaka.
Sementara itu, “The Outlaws 3” akan ditayangkan di pawagam pada separuh kedua 2023 ini.
Sama-sama kita nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉