Pada 27 Mac hari ini, Lisa BLACKPINK telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27!
Sebagai hadiah buat peminat yang setia memberi sokongan, Lisa telah memuat naik video baru di saluran YouTube syarikatnya ‘LLOUD’, di mana idola itu menjawab 27 soalan dari peminat.
Sebelum menjawab soalan, Lisa menjemput peminat untuk masuk ke rumahnya,
Selamat datang ke rumah kecil saya yang selesa.
Sambil menjawab soalan, penyanyi “Money” itu turut mendedahkan sedikit kawasan di dalam rumahnya, membuatkan ramai kagum melihat kehidupan mewahnya.
Di hujung video, Lisa juga ada menayangkan keretanya kepada peminat iaitu ‘Mercedes-Benz G63 Mansory White’, yang dipercayai bernilai dari harga RM1.79 juta.
LISA with her Mercedes G-Wagon.
#LISA #블랙핑크 #리사 @BLACKPINK
— BLΛCKPIИK GLOBAL FANBASE (@BLACKPINKGLOBAL) March 27, 2024
Fuh kaya amat Lisa ni!