Ikuti Kami:

Tayang Februari Nanti, Musim Kedua ‘Taxi Driver’ Lancar Video Trailer Pertama

Tayang Februari Nanti, Musim Kedua ‘Taxi Driver’ Lancar Video Trailer Pertama

Akhirnya, musim kedua “Taxi Driver” akan menemui penonton tak lama lagi!

Terbaru, SBS telah melancarkan video trailer pertama untuk musim kedua “Taxi Driver”, sekaligus mengumumkan tarikh tayangan perdana siri yang dinantikan ramai itu.

Untuk pengetahuan, “Taxi Driver 2” akan mula ditayangkan pada 17 Februari nanti, dengan pelakon sama seperti Lee Je-hoon, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin dan Bae Yu-ram, disertai pelakon baru Shin Jae-ha.

Bagi yang belum tahu, “Taxi Driver” ialah sebuah drama pembalasan dendam di mana sekumpulan individu di bawah ‘Rainbow’ dan pemandu teksi Kim Do-gi (Lee Je-hoon) membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.

Jangan lupa tonton “Taxi Driver 2” pada 17 Februari nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...