Ikuti Kami:

Tayang Episod Istimewa Minggu Ini, ‘Mouse: The Predator’ Rungkai Misteri Si Psikopat Dalam ‘Mouse’

Tayang Episod Istimewa Minggu Ini, ‘Mouse: The Predator’ Rungkai Misteri Si Psikopat Dalam ‘Mouse’

“Mouse” memang pandai betul buat penonton dirundung saspens kan?

Untuk pengetahuan anda, drama thriller jenayah itu tidak akan menayangkan episod baru pada hari ini dan esok bagi memberi laluan kepada dua episod istimewa bagi merungkai lagi misteri di sebalik plotnya.

Meskipun pada awalnya, Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) ditampilkan sebagai watak pegawai polis yang baik dan adil, namun semuanya berubah di pertengahan cerita. Dalam episod lalu, lelaki itu didedahkan sebagai antagonis apabila identiti dan kecendurangannya sebagai seorang psikopat mula ditonjolkan. Ianya bermula apabila Jung Ba-reum menyedari bahawa perlakuan jenayah yang diingati sebenarnya adalah perbuatannya sendiri. Malah Go Moo-chi (Lee Hee-joon) kini mula sangsi dengan identiti rakan sekerjanya itu.

Dalam poster baru yang diriliskan untuk episod istimewa “Mouse: The Predator” ini, sekali lagi watak Jung Ba-reum disahkan sebagai pemangsa sebenar. Ianya menampilkan lokasi kes pertama di mana dia dilihat menujah Bible ke arah Song Soo-ho (Song Boo-gun) dengan pandangan yang tajam. Disebabkan itu, penonton mula berteka-teki sebab sebenar Jang Ba-reum bertindak membunuh lelaki itu.

tvn mouse

“Mouse: The Predator” dikatakan akan menayangkan sisi terbalik dan cerita tersembunyi mengenai pelbagai kes menerusi sudut pandangan Jung Ba-reum sekaligus akan menyelesaikan persoalan yang belum terjawab. Lagi pula, ia akan mendedahkan klu mengenai insiden lain selain meningkatkan keterujaan penonton dalam mencari kebenaran.

“Mouse: The Predator” akan dikeluarkan di laman penstriman TVing dahulu sebelum ditayangkan pada slot drama “Mouse”. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian di mana ia akan ke udara pada hari ini dan esok.

Episod baru “Mouse” (episod ke-16) akan kembali menyapa penonton pada minggu hadapan iaitu 5 Mei nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...