Ikuti Kami:

Tayang Bahagian Belakang Badan, Peminat Terkejut Lihat Transformasi Badan Jungkook BTS Kini

Tayang Bahagian Belakang Badan, Peminat Terkejut Lihat Transformasi Badan Jungkook BTS Kini

Nampaknya, semua usaha Jung-kook pergi bertinju dan bersenam di gim telah membuahkan hasil!

Terbaru pada 13 September, Jung-kook telah memuat naik foto baru di laman Weverse, mendedahkan bahagian belakang badannya.

Dalam gambar yang dikongsi, idola itu tidak memakai baju dan menunjukkan bahunya lebar dan badannya yang berotot. Melihat foto itu, peminat dapat membayangkan betapa Jung-kook banyak menghabiskan masa bersenam di gim.

Bagaimanapun, Jung-kook dengan rendah diri menulis kapsyen,

Saya kelihatan lebih bagus dalam gambar berbanding dalam kehidupan sebenar.

Selepas foto itu tersebar, peminat rata-rata kagum melihat transformasi badan Jung-kook dan menulis komen,

Pinggang dia kecik tapi bahu dia lebar sangat.

 

Jung-kook dulu dan sekarang memang amat berbeza, terutamanya dari segi fizikalnya.

 

Adakah ini hadiah untuk ARMY selepas dia menang anugerah di VMA? Saya gembira!

 

Semua usahanya pergi bertinju memang berhasil!

Fuh lain macam maknae BTS ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...