Ikuti Kami:

Tayang Babak Seksual & Tak Sensitif, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Mungkin Dikenakan Tindakan Disiplin

Tayang Babak Seksual & Tak Sensitif, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Mungkin Dikenakan Tindakan Disiplin

Meskipun sudah lebih dua minggu tamat, tetapi drama “It’s Okay To Not Be Okay” masih lagi menjadi sebutan ramai orang sehingga ke hari ini. Pun begitu, ingat tak semasa episod awal dulu drama ini terpalit dengan sedikit kontroversi kerana menyelitkan elemen seksual?

Nampaknya Suruhanjaya Standard Komunikasi Korea (KCSC) mengambil berat mengenai isu yang dibangkitkan dan telah membawa drama popular itu ke sebuah sesi perbicaraan untuk menentukan sama ada babak tersebut patut disekat atau pun tidak.

lubang plot it's okay to not be okay

Menurut laporan, Jabatan Ulasan Semula Penyiaran di KCSC mendedahkan bahawa “It’s Okay To Not Be Okay” telah pun dihantar ke sesi penentuan tersebut dek pandangan bahawa ia ada memaparkan kandungan fitnah, kemaluan lelaki, gangguan sksual, justifikasi kepada serangan seksual dan penggunaan perkataan yang kasar.

Kandungan drama tersebut telah memberi fokus kepada gambaran objek bukan seksual yang simbolik sebagai organ seks selain turut memberi justifikasi kepada gangguan seksual. Ia menunjukkan bahawa pihak produksi tidak mengendahkan sensitiviti jantina. Malah penggunaan kata-kata kasar yang melampau dalam drama tersebut semasa waktu tayangan yang membenarkan individu bawah umur menontonnya turut membawa kepada perbicaraan ini.

it's okay to not be okay kontroversi

it's okay to not be okay kontroversi

Jikalau “It’s Okay To Not Be Okay” disahkan telah melakukan kesemua kesalahan standard tayangan ini, penalti ataupun sekatan daripada mahkamah akan diputuskan ketika sesi perbicaraan yang dihadiri oleh 9 ahli jabatan tersebut.

Sama-sama kita saksikan keputusan yang bakal diputuskan nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...